PERSOALAN LAZIM (FAQ)

Ya. Keraguan anda sangat wajar. Ini ruangan berterus-terang.
Tiada yang disembunyikan. Anda bertanya, Kami memberi jawapan.


1. Adakah Produk ini disahkan Halal Jakim?

Tidak. Produk kami belum mendapatkan sijil Halal JAKIM lagi. Namun, rumah sembelihan yang kami pilih ialah milik orang Islam tempatan di Lenggeng dan telah dilatih dan diiktiraf Halal JAKIM.


2. Apakah perbezaan ayam free range di kilang dan di ayam lepas lenggeng?

Perbezaan besar free range kilang dan di ALL adalah:

1 - Baka Ayam. Ayam kilang di cross breed dengan sangat agresif. Membuatkan baka ayam ini malas bergerak. Walaupun pintu reban dibuka, ia hanya menunggu di depan bekas makanan sahaja. ALL pula, baka ayam yang aktif. mereka akan melompat kegembiraan apabila pintu reban dibuka untuk mencari makanan.

2- Diet Pemakanan. Walaupun ayam kilang Free range diberikan pintu untuk ayam keluar, ayam masih tidak berganjak dan memilih untuk makan dedak komersial yang disediakan. Di ALL, dedak komersial hanya diberikan tak lebih 10% daripada diet mereka pada ham 5-6 petang. selebihnya makanan alami.


3. Sesuaikah untuk masakan harian?

Sangat sesuai! Baka yang digunakan di ALL adalah Ayam Kampung Kacuk. Dimana baka ini sangat sesuai untuk free range dan sesuai untuk masakan harian.

Dagingnya manis dan kenyal daripada ayam kilang. Namun, masih lembut berbanding ayam kampung asli. Membuatkan ia sangat versatil untuk masakan harian mahupun perayaan.


4. Bilakah tarikh luput ayam ini?

Ayam kami di-pek vakuum. Ini bermaksud, ayam kami boleh bertahan berbulan lamanya didalam peti sejuk beku. Namun, kami sarankan untuk gunakan ayam ini dalam masa sebulan supaya rasa dan kesegarannya tidak berubah!


5. Adakah produk ALL ini sesuai untuk ibu mengandung?

Sudah tentu boleh! Ayam kami tiada salahguna antibiotik, hormon dan ubatan. Maka, ia selat bukan sahaja untuk ibu mengandung, tetapi baik juga untuk yang ada elergi dengan ayam kilang seperti ekzema, psoriasis, leaky gut.


×
WhatsApp